iKON HOTSPOT - Perpustakaan Sultanah Bahiyah ditubuhkan pada tahun 1984 yang dirasmikan oleh Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah pada 21 September 1999. Perpustakaan ini dinamakan atas nama, Yang Teramat Mulia Almarhumah Tuanku Hajjah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Sultanah Kedah. Bangunan yang ditempatkan ditengah - tengah kampus ini adalah khas bertujuan untuk memberi kemudahan kepada mahasiswa dan kakitangan UUM. Dengan keluasan 21, 170sq ini mempunyai kapasiti tempat duduk mencecah sehingga 1000 pengguna dan dilengkapi dengan ruangan perbincangan dan bilik karel. Selain itu, Perpustakaan Sultanah Bahiyah kini dilengkapi bangunan baru yang bergabung dengan bangunan lama perpustakaan ini bagi mengatasi kapasiti warga kampus dan sumber maklumat yang semakin bertambah.
Suasana dalaman perpustakaan ini sangat mengagumkan kerana diserikan dengan perabot - perabot terkini dan hiasan dalaman yang sangat menarik. Sesuai dengan fungsi hiasan dalaman di perpustakaan ini adalah untuk menarik perhatian dan memberi keselesaan warga kampus UUM. Pelbagai kemudahan yang lain disediakan di Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM ini bagi kemudahan warga kampus selain gedung ilmu dalam kampus UUM ini. Menyediakan sumber maklumat dan bahan-bahan yang terkini mengikuti perkembangan semasa dalam mahupun bahan dari luar negara.Tidak hairanlah Perpustakaan ini pernah menerima anugerah Best Innovation Award - Administration Innovation & Creative Group IPTA Category pada tahun 2010.
Menurut Ketua Pustakawan, Encik Salleh Hudin Mustaffa berkata: "pihak perpustakaan sentiasa mengemaskini dan menambahbaik keperluan - keperluan terkini yang digunakan di perpustakaan ini agar pihak kami sentiasa dapat menyediakan bahan dan sumber maklumat yang terkini untuk warga kampus. Selain itu, pihak kami juga kini mula rancak memberi kemudahan Sumber Elektronik dan Online untuk memudahkan lagi pengguna mengakses hanya dihujung jari".
"Perpustakaan Sultanah Bahiyah banyak membantu saya dalam mencari maklumat terutamanya, disini ibarat satu bangunan yang banyak memberi sokongan kepada mahasiswa dalam menyiapkan tugasan mahupun kajian. Selain itu juga, suasana dalaman yang amat menyamankan dan selesa membuatkan kita lebih fokus disini". Ujar Camelia Aziz, siswi Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi. IKON HOTSPOT berharap Perpustakaan Sultanah Bahiyah sentiasa cemerlang dan terbaik dalam menyediakan perkhidmatan sumber maklumat kepada mahasiswa UUM.
iKON HOTSPOT
0 ulasan:
Catat Ulasan