Universiti Utara Malaysia ditubuhkan untuk mengembangkan dan memajukan
pendidikan pengurusan. Program akademiknya tertumpu kepada bidang-bidang
pengurusan, perakaunan, ekonomi, teknologi maklumat, pentadbiran awam,
pengurusan sumber manusia, keusahawanan, kewangan dan perbankan, undang-undang,
pemasaran, pengurusan teknologi, linguistik terapan, komunikasi, kerja sosial,
multimedia, pendidikan, sains pemutusan, hal ehwal antarabangsa, pengurusan
perniagaan, pelancongan, pentadbiran muamalat, pengurusan pembangunan, logistik
dan pengangkutan, hospitaliti, pengurusan risiko dan insurans, teknologi media,
perniagaantani, matematik perniagaan, statistik industri dan kaunseling.
Universiti Utara Malaysia juga memainkan peranan sebagai
pemangkin pembangunan di kawasan utara Semenanjung. Prasarana dan kemudahan
asas yang disediakan serta tenaga manusia di universiti ini menjadi penggerak
kepada kegiatan sosioekonomi yang lain.
Di samping pengajaran dan penyelidikan, universiti ini juga
memberi sumbangan kepada perkembangan sosial, ekonomi dan intelektual di
kawasan ini. Universiti memainkan
peranan ini dengan melibatkan dirinya dalam projek kemasyarakatan, sama ada
secara sendiri mahupun dengan kerjasama badan-badan kerajaan dan sektor swasta.
Ke arah matlamat tersebutlah universiti ini sedang bergerak.
Objektif ini dapat dirumuskan kepada tiga perkara seperti
berikut:
- Untuk menjadi pusat rujukan dalam semua aspek pengurusan.
- Untuk menjadi pusat sumber yang terulung dalam bidang pengurusan.
Sumber: Portal Web Rasmi Universiti Utara Malaysia